Wednesday, March 16, 2016

Makin tua makin annoying

Hidup ini satu kitaran.
Bayi-kanak-kanak-remaja-dewasa-tua
Semakin tua orang tua, semakin perangai seperti bayi
Bersabarlah menahan karenah warga jubli emas
Ada pahala disebalik sabar

Thursday, March 10, 2016

Johor tak best 4: Bil air

Sepanjang duduk selangor, bil air untuk 2 biji rumah, tak pernah pun bayar. Melainkan sekali sebab paip bocor. Minimum penggunaan 7 meter padu setiap bulan. Kerajaan bagi air free up to 200 meter padu setiap bulan.

Duduk johor, aku dah start bayar bil air yang orang johor lain tinggalkan. Hampeh. Penggunaan 6 meter padu dan aku kena bayar RM7 atau RM8  tiap bulan Penggunaan sama setiap bulan, tapi harga lain-lain. Kau rasa kenapa? Minimum bayaran tu adalah untuk penggunaan air maksimum 20 meter padu. Pergghhh!! Duduk selangor air tetap free.

Belum lagi masuk part sewa rumah. Mungkin dulu Johorean boleh bangga sebab sewa rumah murah. Sekarang takde beza dengan selangor pun. Sama juga dengan jem. Ya ampunn!! Tol? Boleh tahan jugak harga kalau nak elak jam. Yang xde tol? berjanggut la dalam kereta hadap jem.

Aku tak rasa berhujan emas sangat. Aku tetap rela duduk hometown. Ini sekadar temporary.
Hahaha. Bias menanamkan ketidaksukaan pada johor :p

Haish..

Semakin masa berlalu, semakin meningkat usia, semakin kurang aku menulis. Meluah masih ada. Bersama yang paling akrab di depan mata. Memilih kawan, ya. Memilih comrad, ya juga. Aku, kadang rasa hidup tiada arah tuju. Aku dah jadi keliru dengan kehidupan ini.

Aku dah mula membina pagar-pagar tinggi kembali. Mengurung jiwa dari bebas ditebak. Aku dah mula manggali parit-parit lebar, agar yang diluar tidak menceroboh masuk ke laman hidup.

Haish...back to the initial cycle again.

Wednesday, August 12, 2015

Johor: Tak best part 3

Beza betul salary untuk post account assistant di selangor dan johor.

Average wages in johor:RM1000-RM1500
Average wages in selangor:RM1500-RM2000

Pergh!!!!

Aku tak tahu macam mana perantau nak survive dengan income macam ni.

Tuesday, August 11, 2015

DUKACITA



Berturutan DUKACITA itu mewarnai hidup kami saban hari
Semoga Allah teguhkan hati kami yang makin lemah
Kali ini bukan rasa berbuku dada
Mengalir air mata deras





Semoga kaki kami teguh
semoga hati kmi teguh
semoga kami tidak menjauh

Harapan

Hope ada good news hari ini. Macam tak sabar nak quit
Nak jadikan alasan untuk notis

Berdoalah
Kalau takde, saya rasa ada benda Allah nak ajar
Saya punya feeling dah berbaur, takut nak harap, risau tak dapat. takut kecewa. Mungkin atas sebab kita dah jauh dari Dia.
Entah.
Susah nak terangkan.
Budak phd, cakap pun complex untuk orang nak faham.


Memang jauh.
Dan jauh.
Dalam hati ni ada sikit rasa kecewa
Tapi tak tahu nak kecewa pasal apa.
Dan sebab ini kot takde usaha untuk tingkatkan iman.

***

Hidup ini banyak kali pusingan dia.
Aku tak tahu nak cakap macam mana.
Tapi ada rasa berbuku dalam dada.
Tekak pahit nak menelan.
Mata aku mulai kabur, dek air mata bertakung.

Allah, jangan jauhkan kami dari kenikmatan untuk bertuhankanMu.
Aku rasa Allah tak campak hidayah lagi dalam hidup kami.

***

Nangis

Monday, August 10, 2015

Johor: Tak Best part 2

Kali ini, isu kalau nak dapatkan kerja perlu ada orang dalam.
Apa benda orang dalam tu? Sependa?

Atas alasan, awak bukan orang Johor.

Maka jawapan untuk interview, Dukacita temuduga untuk tempoh hari gagal

Semakin lama, semakin muak dengan orang Johor

Sunday, August 2, 2015

Johor tak best

Bismillah..

Hmm, duduk perantauan di negeri orang aku sedar sesuatu. Kalaupun kau rakyat Malaysia, tapi kalau kau tak duduk dekat satu-satu negeri/ lahir dekat satu-satu negeri tu makanya peluang kau untuk dapatkan kerja dinegeri itu TIADA.

Aku tak tahu pulak yang JOHOR mengamalkan sistem tertutup tidak mengambil orang luar negeri JOHOR bekerja dinegerinya. Negeri dengan sikap assabiyah totok.

Satu sebab aku benci JOHOR, bajet bagus, dan mengamalkan dasar tertutup. Kalau takde orang dalam maka takde la peluang kau. Big lesson!

Not good not good..ish ish ish

Thursday, July 9, 2015

Certificate

Ada satu organisasi anjurkan program
Dan aku jadi salah seorang comitte
Aku tak sangka pula budak-budak phD pun nak kumpul sijil
Program tu berbentuk bemgkel. Bengkel untuk cari bahan maklumat
Aku rasa kalau dah tahu cari bahan tu, kira ok la..
Bila beria-ria nak sijil tu.. Aku pun pelik
Niat korang datang nak sijil ke nak skill?
Berguna pada karier ke dengan skill mencari information tu?
Ke aku yang rasa asalkan kau tahu dah memadai, tak perlu sijil-sijil

Lainlah kalau kau hadiri latihan untuk skills critical yang lain macam problem solving
Latihan untuk software tertentu.

Aku ni dah penat hidup nak layan orang minta sijil tak habis-habis.
Penat tau?